27 pelajar antara 59 ditahan dalam parti liar di kondominium mewah
KUALA LUMPUR: Polis menahan 59 individu, termasuk pelajar sekolah menengah yang menghadiri parti liar di sebuah kondominium mewah di sini, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, mereka yang ditahan dalam serbuan pada 2 pagi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur dan Dang Wangi, berusia lingkungan 14 hingga 23 tahun.
“Seramai 44 lelaki dan 15 perempuan ditahan (dalam serbuan itu) dan 27 daripada mereka di bawah umur.
“Dua lelaki memiliki 31 pil ekstasi,” katanya menambah 12 lelaki dan 4 perempuan diuji positif dadah jenis amfetamina dan ketamin.
Beliau berkata, 2 pelajar kolej dan seorang pelajar sekolah menengah adalah antara mereka yang positif dadah.
“Semua individu yang ditahan itu, kini direman 4 hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata Mohd Fahmi.
Katanya, mereka juga masing-masing dikompaun RM1,000 di bawah Peraturan 3 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 8) 2020. - FMT
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment