Huawei Mempatenkan Peranti Dengan Lima Lensa Utama Bersama Kamera Swafoto Disebalik Skrin
Huawei sedia hadir dengan peranti bersama lima kamera utama di bahagian belakang menerusi model Huawei P40 Pro+. Dalam perkembangan terkini, Huawei dikatakan dalam perancangan untuk sebuah lagi peranti dengan spesifikasi seperti ini, tetapi bersama rekaan modul kameranya yang berbeza.
Difahamkan, paten tersebut telah difailkan oleh Huawei menerusi laman harta intelek China CNIPA. Peranti dilihat hadir dengan rekaan modul kamera berbentuk hexagon dengan lima lensa utama dan satu LED Flash.
Terdapat tiga jenis variasi rekaan yang diperlihatkan. Pertama, modul kamera tersebut diletakkan pada sudut kiri. Kedua, ianya diletakkan pada bahagian tengah, manakala rekaan ketiga pula dilihat ditempatkan pada sudut kanan. Kesemua variasi rekaan turut memperlihatkan terdapatnya penjenamaan Huawei pada bahagian bawah.
Seterusnya, peranti juga dilihat mempunyai paparan hadapan dengan rekaan menyeluruh tanpa sebarang takuk, lubang mahupun sistem kamera pop naik. Sebaliknya, ia dipercayai hadir dengan kamera swafoto disebalik skrin. ZTE Axon 20 5G merupakan peranti pintar pertama dengan rekaan ini yang dikomersialkan kepada umum.
Oleh itu, kita menjangkakan akan ada lebih banyak jenama yang akan mengkomersialkan produk mereka dengan trend seperti ini di pasaran tidak lama lagi. Seperti biasa, perlu diingatkan apa yang dikongsi ini masih sekadar di peringkat paten. Belum diketahui sama ada Huawei akan menggunakannya pada produk akhir mereka kelak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment