Apple Melihat Kepada Pengganti Generasi Baru – Tim Cook Memulakan Tahun Ke-10 Sebagai CEO
Tim Cook telah menjadi CEO Apple menggantikan Steve Jobs sejak daripada 2011 yang lepas, dan kini telah memulakan tahun ke-10 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi dan perkomputeran popular dunia berkenaan.
Terbaru, menurut Bloomberg, pihak Tim Cook dan pembantu beliau sedang memberikan perhatian dalam membangunkan pengganti generasi baru yang akan menerajui syarikat teknologi berkenaan pada tahun-tahun akan datang.
Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini, Apple diterajui oleh ketua bahagian yang telah lebih dua dekad pada syarikat berkenaan, dan menghampiri usia 50 ke 60 tahun.
Tim Cook sendiri kini berusia 59 tahun, dan Apple melihat kini sudah tiba masanya untuk Apple bersedia dengan pengganti generasi baru. Seperti biasa, latihan yang perlu dilalui akan mengambil masa yang sedikit lama, dan memerlukan calon yang benar-benar memahami syarikat teknologi berkenaan dalam menerajuinya.
Mengikut desas-desus juga, Jeff Williams mungkin akan menggantikan Tim Cook sekiranya Tim Cook bersara.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment