Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Mungkin Hadir Dengan Penawaran Jam Tangan Pintar Pada Harga Lebih Kompetitif - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Mungkin Hadir Dengan Penawaran Jam Tangan Pintar Pada Harga Lebih Kompetitif


Apple pada tahun ini telah membuat kejutan dengan menawarkan iPhone pada harga kurang RM2k, iaitu iPhone SE. Selain dari iPhone, kini gergasi perkomputeran berkenaan turut dijangka menawarkan jam tangan pintar mereka pada harga kompetitif.

Apple Watch pada hari ini sedia menjadi antara jam tangan pintar popular, dan Apple dilihat ingin menawarkan lebih kemudahan untuk pengguna memasuki ekosistem mereka.

Apple sedia menjadualkan acara khas memfokuskan Apple Watch pada minggu ini, dan mereka dijangka memperkenalkan Apple Watch pada harga mampu milik dengan mengehadkan beberapa penawaran.

Ia dijangka menawarkan rekaan seumpama Apple Watch 4, tidak menyertakan skrin sentiasa aktif (AOD), dan tiada ECG. dengan langkah ini, ia akan mengurangkan kos pengeluarannya, dan menjadikan harga jam tangan pintar berkenaan lebih rendah lagi.

Apple menjadualkan acara mereka pada 16 September ini, dimana kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.