Hi! Welcome Back and Stay Tune! Intel Mengesahkan GPU DG-1 Telah Mula Dipasarkan Sebagai Intel Iris Xe Max Untuk Komputer Riba - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Intel Mengesahkan GPU DG-1 Telah Mula Dipasarkan Sebagai Intel Iris Xe Max Untuk Komputer Riba


Pada minggu lepas, Acer telah mengumumkan kehadiran komputer riba baru mereka, iaitu Acer Swift 3x yang dikuasakan CPU Intel generasi ke-11 yang bukan sahaja menggunakan cip pemprosesan grafik Intel Iris Plus, tetapi juga cip pemprosesan grafik kendiri Intel yang dinamakan Intel Iris Xe Max.

Pada waktu tersebut, tidak banyak yang diketahui mengenai cip pemprosesan tersebut, tetapi Intel kini telah mengesahkan bahawa ianya adalah cip pemprosesan grafik DG-1 yang pernah dikatakan sebelum ini.

Secara ringkasnya, cip grafik Iris Plus dan Iris Xe Max mempunyai spesifikasi dalaman yang sama. Apa yang membezakannya ialah kelajuan GPU, dimana Iris Plus mempunyai kelajuan 1.35GHz yang dipadangkan dengan memori GDDR6 sebanyak 3GB berbanding dengan Iris Xe Max yang mempunyai kelajuan 1.5GHz dengan memori GDDR6 sebanyak 6GB.

Intel juga telah mengumumkan bahawa cip grafik generasi kedua mereka, yang dinamakan Intel DG-2 kini telah mula diuji. Spesifikasi untuk cip pemprosesan tersebut belum disahkan lagi, tetapi menurut laporan VideoCardz, Bob Swan, CEO Intel mengatakan bahawa ia akan digunakan di CPU akan datang mereka seperti Tiger Lake-H ataupun Alder Lake-P, iaitu cip pemprosesan untuk komputer riba akan datang.

Komputer-komputer riba yang dikuasakan cip grafik DG-1 ini, ataupun Iris Xe Max akan tiba ke pasaran global bermula suku keempat tahun ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.