Markah Penanda Aras Untuk Samsung Galaxy A02s Pula Dikatakan Tertiris
Terdahulu tersebar satu laporan yang mendakwa markah penanda aras Samsung Galaxy M02 dikatakan tertiris. Terkini, giliran Samsung Galaxy A02s pula – ia juga merupakan salah satu daripada peranti kelas permulaan baharu Samsung yang dilaporkan dalam pembangunan sebelum ini.
Peranti yang muncul dengan kod nama Samsung SM-A025G ini dilihat berjaya mencatatkan sebanyak 765 mata dalam ujian teras tunggal. Selain, 3,934 mata pula dalam ujian pelbagai teras. Seterusnya, senarai berkenaan turut mendedahkan ia hadir dengan perisian Android 10 dan pilihan memori 3GB RAM.
Untuk pemproses, ia tidak pula mendedahkan secara khusus mengenainya. Namun, sumber mengatakan berdasarkan maklumat GPU tertiris ia mungkin akan dikuasakan oleh Snapdragon 450 dengan kelajuan1.80GHz. Seperti biasa, ia masih lagi diperingkat ura-ura dan belum diketahui mengenai kesahihannya.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment