Hi! Welcome Back and Stay Tune! Realme Hadir Dengan Realme 7 Pro Edisi Khas Dengan Kerangka Berasaskan Kulit “Vegan Micrograin” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Realme Hadir Dengan Realme 7 Pro Edisi Khas Dengan Kerangka Berasaskan Kulit “Vegan Micrograin”


Realme Malaysia hari ini mengumumkan penawaran Realme 7 Pro edisi khas, yang mana hadir dengan kerangka belakang berasaskan kulit “Vegan Micrograin“.

Melalui rekaan kerangka belakang edisi terhad ini, ia menawarkan gabungan warna jingga bersama warna kelabu, dan menjadikan ia tampak lebih cantik berbanding penggunaan kerangka biasa. Penggunaan rekaan berasaskan kulit “Vegan Micrograin” juga turut menawarkan lebih keselesaan ketika pengguna memegangnya.

Dari segi penawaran lain, Realme 7 Pro mengekalkan penawaran skrin 6.4-inci AMOLED, kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, serta sokongan pengecasan pantas 65W.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan model edisi terhad yang hadir dengan memori 8GB RAM dan 128GB storan pada harga RM1499.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.