Hi! Welcome Back and Stay Tune! SKMM Membeku Permohonan Lesen Perkhidmatan Kurier Sehingga 2022 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SKMM Membeku Permohonan Lesen Perkhidmatan Kurier Sehingga 2022


Wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berlaku sekarang menyebabkan ledakan terhadap permintaan dan penggunaan perkhidmatan kurier dan pos yang jauh lebih banyak berbanding sebelum ini.

Selain daripada syarikat-syarikat kurier dan pos yang sudahpun dikenali sebelum ini, syarikat-syarikat teknologi seperti Grab, BungkusIt, Lala Move dan sebagainya boleh dikatakan lebih gemar digunakan kerana ia lebih cepat dan mudah.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka telahpun mula membekukan permohonan lesen perkhidmatan kurier selama dua tahun bermula 14 September 2020 sehingga 15 September 2022.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka, pembekuan ini dilakukan untuk membolehkan pihak kerajaan, bersama-sama dengan sektor pos dan kurier untuk membuat perancangan baharu bagi memperkukuhkan sektor tersebut yang dikatakan sedang berhadapan pelbagai cabaran akibat perubahan teknologi dan trend pasaran.

Persatuan Syarikat Penghantar Ekspres Malaysia (AMEC) yang terdiri daripada 25 syarikat logistik dan penghantaran barang seperti Pos Malaysia, GDex, City-Link Express dan sebagainya juga dikatakan telah meminta kerajaan untuk menutup sebentar permohonan lesen tersebut.

Selari dengan itu, SKMM juga akan merangka pelan tindakan menerusi Makmal Industri Pos dan Kurier Negara yang akan berlangsung selama tiga minggu bermula bulan hadapan dimana pelbagai cadangan-cadangan baru akan dibentangkan untuk memberikan nafas baru kepada sektor pos dan kurier ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.