Microsoft PIVOT Adalah Kajian Untuk Memegang Objek Lebih Baik Dalam Realiti Maya
Realiti maya adalah dunia digital yang kini semakin popular, begitu juga dengan realiti terimbuh. Ini adalah teknologi yang akan terus berkembang maju dan akan mengubah cara kita menggunakan teknologi. Banyak jenama mula fokus kepada teknologi ini. Microsoft, seperti HoloLens walaupun sudah ada generasi kedua – mereka teruskan kajian bagi melengkapkan penggunaan ini agar kelak ia akan menjadi lebih imersif.
Kajian yang Microsoft sedang jalankan sekarang ialah PIVOT. Ia adalah alat kawalan untuk realiti maya yang membantu pengguna untuk memegang objek. Setiap objek yang dipegang kini akan ada tindak balas dan seakan melakukan aktiviti tersebut di dunia sebenar. Fokus utama PIVOT adalah tindak balas getaran haptik yang mempunyai frekuensi berbeza untuk aksi berbeza.
Dalam video yang mereka terbit ini, ia memperlihatkan bagaimana buah dipetik dan dicampak ke dalam bakul. Setiap aksi yang dilakukan akan mempunyai tindak balas seakan buah itu dipetik. Begitu juga apabila menyentuh objek, bebola pada peranti PIVOT ini akan menyentuh tangan pengguna terlebih dahulu. Getaran yang diberi adalah pada frekuensi rendah apabila mula dipetik. Manakala pergerakan mencampak buah ke dalam bakul turut akan mempunyai halaju yang sama.
Halaju pada peranti akan selari dengan dunia maya. Begitu juga dengan objek lain, apabila menarik atau menolak, memegang, mengetuk – ia akan mempunyai tindak balas fizikal. Anda sentuh objek di dalam realiti maya, anda akan rasa di dunia nyata. Anda lakukan aksi seperti campak, picit atau lain-lain – di dunia realiti turut akan rasa. Ini adalah satu pengalaman yang lebih realistik dan imersif.
Halaju dan getaran haptik diselarikan agar pengguna dapat menikmati pengalaman yang lebih mengasyikkan. PIVOT mampu mimik segala interaksi natural di dunia realiti ke dalam dunia maya. Projek ini dihasilkan oleh Robert Kovacs, Eyal Ofek, Mar Gonzalez Franco, Alexa Fay Siu, Sebastian Marwecki, Christian Holz, dan Mike Sinclair dari Microsoft. Buat masa ini, ia masih lagi dalam ujian. Ini membuktikan masa hadapan kelak adalah di mana kita semua akan lebih fokus kepada penggunaan realiti maya atau juga realiti terimbuh.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment