Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Tutorial) Bagaimana Memaksa Poco X3 Sentiasa Menggunakan 120Hz? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Tutorial) Bagaimana Memaksa Poco X3 Sentiasa Menggunakan 120Hz?


Poco X3 adalah antara peranti kelas pertengahan paling berbaloi untuk dimiliki. Ini kerana ia memuatkan ciri dan fungsi yang hebat serta mempunyai spesifikasi yang menarik. Harga jualan juga sangat murah, yang mana layak digelar sebagai pembunuh peranti kelas pertengahan.

Antara ciri menarik pada peranti ini adalah, ia menyokong kadar segar semula 120Hz boleh suai (Dynamic Refresh Rate) dan dijana Snapdragon 730G. Sistem kadar segar semula boleh suai ini bermakna, ia bukannya sentiasa 120Hz. Tetapi bergantung kepada kandungan, ia akan bertukar-tukar dari rendah sehingga tinggi. Contohnya jika menonton video ia akan dihadkan kepada 60Hz dan jika melihat imej statik ia akan berubah kepada 50Hz.

Bagi yang inginkan Poco X3 sentiasa beroperasi pada kadar 120Hz, ada caranya. Kerana inilah kelebihan peranti Android, iaitu modifikasi dan kustomasi boleh dilakukan mengikut citarasa pengguna. Tetapi perlu diingatkan, langkah ini memerlukan anda nyahkunci bootloader dan root peranti. Dengan langkah ini ia akan memaksa peranti Poco X3 sentiasa beroperasi pada kadar 120Hz dan mematikan Dynamic Refresh Rate.

Sebelum memulakan langkah ini, anda perlu root peranti dengan sistem Magisk v21.0. Jika itu sudah selesai, semua tugasan di bawah adalah mudah dilakukan tanpa memerlukan komputer.

Langkah 1

Muat turun fail  busybox-ndk, MagiskHide Prop Config dan pelagak terminal seperti Termux.

Langkah 2

Buka aplikasi terminal tadi dan jalankan: “su” dan seterusnya “props”

Langkah 3

Dari senarai yang terpapar, pilih pilihan kelima iaitu “Add/edit custom props” dan pilih “n” untuk “New custom prop“.

Langkah 4

Taip kod ini:

ro.vendor.dfps.enable

Langkah 5

Nilai yang lalai adalah “true“, taip “false

Langkah 6

Pilih pilihan kedua “post-fs-data

Langkah 7

Pilih “n“, tetapi jangan but semula peranti, tetapi isikan kod di bawah terlebih dahulu

ro.vendor.smart_dfps.enable

Langkah 8

Sekali lagi nilai terpapar adalah “true“, kali ini bermakna Dynamic Refresh Rate adalah aktif. Taip “false” untuk matikannya.

Langkah 9

Akhir sekali, pilih pilihan kedua “post-fs-data

Langkah 10

But semula peranti dan Poco X3 anda akan sentiasa beroperasi dengan skrin 120Hz.


Menurut XDA, dalam penggunaan modifikasi ini bateri akan mempunyai jangka hayat 10% sehingga 18% lebih kurang berbanding biasa. Kemudian, modifikasi ini hanya diuji pada MIUI sahaja dan tidak pasti sama ada berfungsi di custom ROM ataupun tidak. Perlu diingatkan, lakukan langkah ini secara berhati-hati dan apa jua modifikasi yang memerlukan root atau mengubah props dalam Android – pasti akan ada risiko tinggi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.