Adakah Apple Tidak Akan Sertakan Kabel USB Bersama Pembelian iPhone 13?
Apple sering melakukan bancian berkaitan produk mereka, untuk melihat penerimaan dan apa yang diperlukan pengguna. Pada awal tahun ini, gergasi perkomputeran berkenaan telah membuat bancian berkaitan penggunaan kepala pengecas yang hadir pada kotak iPhone – dan kemudiannya tidak lagi menyertakan kepala pengecas bersama pembelian iPhone baru.
Terbaru, Apple turut telah memulakan bancian baru, memfokuskan kepada penggunaan kabel USB yang hadir bersama setiap pembelian iPhone baru.
Bancian ini ditujukan kepada pembeli iPhone 12, dan bertanyakan beberapa soalan – termasuk sama ada pengguna menggunakan kabel USB yang didatangkan bersama iPhone baru atau tidak. Pada masa yang sama, Apple turut bertanyakan berkenaan dengan kepuasan menggunakan Face ID pada peranti mereka.
Membuat bancian adalah suatu perkara yang biasa dikalangan pelbagai syarikat pada hari ini. Tetapi, mungkinkah Apple sedang menyemak sama ada pengguna menggunakan kabel USB yang didatangkan bersama – dan mungkin memilih untuk membuangnya pada masa akan datang.
Langkah ini juga mungkin diperlukan sekiranya Apple ingin memfokuskan kepada penawaran aksesori nirwayar MagSafe, selain untuk hadir dengan iPhone tanpa port.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment