Hi! Welcome Back and Stay Tune! MacBook Air, MacBook Pro Dan Mac Mini Bersama Cip Apple M1 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MacBook Air, MacBook Pro Dan Mac Mini Bersama Cip Apple M1 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia


Apple Malaysia kini telah mula menawarkan MacBook Air, MacBook Pro dan Mac Mini terbaru mereka, yang hadir bersama-sama dengan cip pemprosesan buatan sendiri Apple, iaitu Apple M1. Kesemua model komputer riba menggunakan cip Apple M1 ini sudah boleh dibeli melalui laman Apple Store Malaysia, dan mengikut tarikh penghantaran yang diperlihatkan, ia dijangka diterima oleh pengguna sekitar 24 Disember 2020 ini.

Apple M1

Cip pemprosesan Apple M1 hadir dengan rekaan berasaskan Arm. Apple dan pelbagai ujian penanda aras awal memperlihatkan ia hadir dengan prestasi lebih tinggi berbanding apa yang ditawarkan cip Intel sebelum ini.

Pada masa yang sama, dengan rekaan berasaskan Arm, ia lebih efisien dalam penggunaan tenaga – sekaligus menawarkan masa penggunaan bateri lebih lama pada komputer riba, disamping tidak memerlukan kipas yang bising ketika ia digunakan.

Di Malaysia, MacBook Air M1 ini ditawarkan pada harga bermula RM4399, MacBook Pro M1 pula ditawarkan pada harga bermula RM5599, serta Mac Mini M1 pula ditawarkan pada harga bermula RM2999.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.