Facebook Disaman Jabatan Perdagangan – Mungkin Perlu Mengasingkan Instagram Dan WhatsApp
Facebook ialah syarikat media sosial gergasi yang berjalan mengambil alih Instagram dan WhatsApp seperti Galactus menelan planet beberapa tahun yang lalu. Selepas memiliki tiga platform terbesar dunia, Facebook mampu memonopoli pasaran media sosial dengan mudah. Terkini pihak Faderal Trade Comssion (FTC) Amerika Syarikat telah menyaman Facebook yang mungkin mendatangkan impak kepada pengguna dunia.
Di dalam saman yang difailkan, Facebook dituduh melakukan perniagaan secara monopoli sehingga mengakibatkan pengguna di Amerika Syarikat tidak mempunyai pilihan selain menggunakan perkhidmatan mereka. Pelbagai tindakan mereka yang digunakan didakwa adalah anti pesaing sehingga merencatkan persaingan bebas.
Oleh itu FTC ingin mengenakan injunksi ke atas Facebook untuk melepaskan pegangan ke atas Instagram dan WhatsApp serta aset-aset lain. Selepas ini mereka juga perlu memberikan notis dan kebenaran terlebih dahulu sebelum melakukan pembelian ataupun penggabungan.
Saman hari ini ialah satu lagi masalah yang perlu dihadapi oleh Facebook. Awal bulan ini Facebook dilaporkan akan disaman 40 negeri Amerika Syarikat atas sebab perniagaan yang dilihat sebagai monopoli.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment