Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kapal Angkasa SpaceX Starship Meletup Ketika Percubaan Mendarat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kapal Angkasa SpaceX Starship Meletup Ketika Percubaan Mendarat


Starship ialah kapal angkasa berskala besar yang ingin digunakan SpaceX untuk perjalanan ke bulan dan seterusnya ke Marikh. Awal tahun ini ia berjaya melakukan ujian lompatan dan terbang sehingga ketinggian 150 meter. Pagi ini ia melakukan sebuah lagi ujian untuk mencapai rekod baru ketinggian namun ia berakhir dengan kegagalan.

Dalam ujian untuk terbang ke ketinggian 12,000 meter, ia meletup ketika cuba melakukan pendaratan semula. SpaceX tidak menyatakan sama ada rekod ini berjaya dicapai ataupun sebab mengapa Starship mengalami kecelakaaan ini. Sungguhpun begitu SpaceX masih menggagap ujian yang dilakukan berjaya kerana ia Starship melakukan pertukaran ke posisi sendeng dengan data yang berjaya dikumpul akan digunakan untuk ujian seterusnya.

Starship versi prototaip yang diberi nama SN8 ini dilengkapi tiga enjin Raptor sahaja. Kapal angkasa sebenar kelak akan dilengkapi enam Raptor. Dengan diameter 9 meter dan ketinggian 50 meter, ia mampu membawa kargo sehingga 100 ton atau 100 orang penumpang. Malahan terdapat laporan ia juga akan digunakan oleh pihak tentera untuk menghantar kelengkapan dengan pantas ke seluruh permukaan bumi.

Untuk melepasi graviti bumi, Starhip akan dilonjak ke angkasa di atas roket Super Heavy yang dilengkapi 37 enjin Raptor. Seperti roket Falcon 9 sedia ada, Super Heavy akan kembali dan mendarat semula ke bumi secara automatik selepas menghantar Starship ke angkasa lepas.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.