Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siri Lenovo Lemon K12 Dilancarkan – Penawaran Spesifikasi Sama Seperti Moto E7 Plus Dan G9 Power - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siri Lenovo Lemon K12 Dilancarkan – Penawaran Spesifikasi Sama Seperti Moto E7 Plus Dan G9 Power


Seperti yang dijanjikan, siri Lenovo Lemon K12 akhirnya diperkenalkan secara rasmi di China. Siri ini hadir dengan dua buah model berbeza yang terdiri dengan Lenovo K12 dan Lenovo K12 Pro. Ia bagaimanapun boleh dikatakan hanyalah Moto E7 Plus dan Moto G9 Power yang dijenamakan semula. Sebabnya, secara keseluruhan spesifikasi yang disertakan adalah sama.

Lenovo K12 dikatakan mirip dengan Moto E7 Plus. Ia membawakan paparan 6.5-inci LCD HD+ dengan skrin jenis bertakuk kecil untuk kamera hadapan 8-Megapixel. Ia juga dilengkapi cip Snapdragon 460, memori 4GB RAM, storan 64GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh. Konfigurasi kamera utama pula terdiri dengan sensor 48-Megapixel + 2-Megapixel.

Seterunya, Lenovo K12 Pro berkongsi spesifikasi yang sama dengan Moto G9 Power. Skrin yang digunakan 6.8-inci LCD HD+ dengan paparan hadapan berlubang. Ia juga menggunakan cip pemproses Snapdragon 662, memori 4GB RAM, storan 128GB dan bateri 6,000mAh dengan pengecasan 20W. Konfigurasi kamera pula utama pula terdiri dengan sensor 64-Megapixel + 2-Megapixel+2-Megapixel. Manakala, kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel.

Untuk harga, Lenovo K12 dijual pada harga RMB799 (~RM495). Manakala, Lenovo K12 Pro pula berharga RMB999 (~RM619). Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.