Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan CPU Dengan 32 Teras Dan GPU 128 Teras - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan CPU Dengan 32 Teras Dan GPU 128 Teras


Cip Apple M1 yang digunakan pada MacBook dan Mac Mini terkini jelas menunjukkan kemampuan memproses yang menakjubkan walaupun ia masih sekadar sebuah komputer generasi pertama. Ini membuatkan ramai tertanya-tanya apakah yang akan dilakukan oleh Apple seterusnya untuk komputer siri Pro mereka kelak.

Apple M1

Menurut laporan Bloomberg, Apple sedang membangunkan cip dengan CPU 20 teras untuk tahun 2021. Ia akan mempunyai 16 teras prestasi tinggi dan empat teras kecekapan. Terdapat spekulasi CPU 12 teras akan dipasarkan dahulu pada awal 2021 sebelum CPU 20 teras kemudiannya dilancarkan pada penghujung tahun.

Kemudiannya pada tahun 2022, CPU dengan 32 teras prestasi pula akan dilancarkan yang dipadankan pula dengan GPU dengan 64 ataupun 128 teras. Dengan kombinasi ini, Apple berharap dapat menghasilkan cip yang mampu bersaing dengan GPU keluaran NVIDIA dan AMD. Sekiranya ura-ura ini adalah sahih, dunia komputer peribadi akan menjadi amat menarik tahun hadapan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.