Google Chrome Akan Menghalang Paparan Iklan Yang Terlalu “Berat”
Google sebelum ini telah mengumumkan mereka akan menghalang paparan iklan yang berbentuk menganggu dan tidak mengikut piawaian web yang telah dipersetujui. Lanjutan daripadanya, kini Google turut mengumumkan mereka akan menghalang paparan iklan yang terlalu berat dan memakan sumber yang tinggi pada komputer pengguna.
Halangan ini akan dilakukan melalui pelayar web Chrome. Memandangkan enjin Chromium turut digunakan oleh Edge dan beberapa yang lain, maka kita mungkin akan melihat implementasinya pada pelayar web masing-masing juga.
Menurut apa yang dikongsikan, Chrome akan menghalang iklan yang menggunakan data lebih 4MB atau penggunaan CPU yang tinggi selama 15 saat. Chrome mengatakan hanya sekitar 0.3% iklan sahaja yang dikenal-pasti terkesan dibawah perubahan ini.
Google mengatakan mereka akan menguji perubahan ini pada pelayar web mereka dalam bulan-bulan akan datang, dan dijangka diperkenalkan kepada semua pengguna menjelang penghujung Ogos 2021 kelak.
Langkah ini semestinya akan digemari oleh para pengguna dalam menikmati pelayaran web yang tidak menganggu. Tetapi, untuk penerbit web, ia mungkin memberikan sedikit kesan dan perlu beralih kepada langkah yang lebih mesra pengguna dalam menawarkan paparan iklan mereka.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment