Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Music Kini Diintegrasikan Dalam Google Assistant - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Music Kini Diintegrasikan Dalam Google Assistant


Google Assistant adalah pembantu digital yang menarik, hebat dan seronok untuk digunakan. Ia juga merupakan pembantu digital kegemaran kami, berbanding Siri atau Alexa. Google Assistant cukup pintar, yang mana kebanyakan urusan peribadi seperti membuat senarai barang ingin beli, memberi peringatan, memaklumkan trafik pulang ke rumah dan banyak lagi.

Untuk mendengar muzik, Google Assistant sebelum ini terhad dengan Spotify dan YouTube Music sahaja. Melalui integrasi ini, pengguna boleh menyeru Google Assistant untuk memainkan muzik dari platform penstriman kegemaran. Selain itu, pengguna juga akan mempunyai akses pantas ke platform penstriman audio kegemaran melalui paparan atau pembesar suara pintar. Terkini, Google telah menyertakan sokongan Apple Music pula.

Apple Music

Bagi pengguna ekosistem Apple di Malaysia, semua sedia maklum yang HomePod tidak dijual di sini dan jika dijual pun harganya agak mahal berbanding dengan paparan atau pembesar suara pintar Nest dari Google yang boleh didapati pada harga serendah bawah RM200. Pengguna hanya perlu selarikan akaun Apple Music melalui tetapan Google Home atau Google Assistant atau boleh terus jadikan Apple Music sebagai aplikasi muzik lalai Google Assistant.

Melalui integrasi ini, bagi pengguna yang memiliki banyak produk peranti berhubung ini – Apple Music boleh dimainkan secara serentak ke semua bilik atau ruang yang ada produk peranti berhubung dengan Google Assistant. Pengguna boleh terus memberi arahan seperti “Hey Google, play New Music Daily playlist,” atau “Hey Google, play Rap Life playlist.”

Apple Music

Buat masa ini, integrasi ini terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman dan Jepun sahaja. Tiada butiran lanjut sama ada ia akan disokong kepada pengguna global ataupun tidak. Dalam ujian kami, walaupun menggunakan akaun Google Amerika Syarikat dan VPN, ia tidak boleh diakses. Jadi integrasi ini terhad secara geolokasi dan bukan pada akaun sahaja. Tahun lepas, Apple Music turut menerima sokongan penstriman melalui Chromecast. Adakah ini petanda yang platform penstriman Apple akan menyokong Android sepenuhnya tidak lama lagi? Apple TV sudah pun memasuki Android TV, tetapi terhad dengan televisyen Sony terlebih dahulu.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.