Hi! Welcome Back and Stay Tune! Imej Yang Dikatakan Realme Koi Tertiris Ke Arena Web - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Imej Yang Dikatakan Realme Koi Tertiris Ke Arena Web


Desas-desus sebelum ini sedia mengatakan Realme telah berkongsi lebih lanjut mengenai siri baharu mereka. Menurut laporan terdahulu, ia dikatakan bakal dikenali sebagai Realme Koi dan dijana cip terkini daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 888.

Dalam perkembangan terkini, beberapa imej sebenar yang didakwa memaparkan rekaan peranti kini tular meluas ke arena web. Menurut sumber, imej tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Weibo dan ia memperlihatkan rekaan pada panel belakang peranti.

Jelas kelihatan, ia mungkin disertakan modul kamera berbentuk segi empat dengan tiga lensa utama yang disusun secara menegak. Perubahan lain juga dapat dilihat pada rekaan lensa utama. Selain, terdapatnya sokongan LED Flash dalam bentuk memanjang. Seterusnya, jika diteliti turut kelihatan tulisan “64MP” – sekaligus memberi bayangan ia akan disertakan lensa utama sebesar 64-Megapixel.

Hasil tinjauan kami bagaimanapun mendapati imej-imej tersebut telah dipadam oleh pemilik akaun tersebut. Jadi, lebih baik sekiranya kita menganggap maklumat dikongsi masih di peringkat ura-ura.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.