Hi! Welcome Back and Stay Tune! iQOO 7 Akan Dilancarkan Pada 11 Januari Tahun Hadapan – Dijana Snapdragon 888 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iQOO 7 Akan Dilancarkan Pada 11 Januari Tahun Hadapan – Dijana Snapdragon 888


iQOO dilihat melangkau iQOO 6 dan melompat terus ke nama iQOO 7 untuk peranti terbaru mereka. Imej pengolokan rasmi turut dikongsi sebelum ini, yang mana modul kamera dilihat mirip dengan Vivo X60 yang baru dilancarkan. Tidak banyak yang iQOO kongsi, tetapi imej ini dilihat seakan model edisi khas dengan warna putih dan jalur berwarna merah hitam biru. Ini mungkin adalah imej untuk iQOO 7 edisi khas BMW.

iQOO telah berkongsi ke umum yang mereka akan melancarkan iQOO 7 pada 11 Januari ini. Rekaan belakang peranti sudah diperlihatkan, tetapi imej hadapan masih belum. Khabar angin katakan ia menggunakan rekaan lebih kurang sama Vivo X60. Peranti ini dikatakan akan menggunakan skrin 120Hz, kamera 48MP dan sistem pengecasan pantas 120W.

Tetapi sayang sekali, peranti ini setakat ini dijual di pasaran China dan India sahaja. Tidak pasti jika ia akan diperkenalkan secara global, kerana setakat ini harga jualan iQOO adalah sangat mampu milik dan pasti akan menarik perhatian ramai jika ia dilancarkan di Malaysia. Sama-sama kita nantikan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.