Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sampel Rakaman Video Mod Malam Mi 11 Dengan BlinkAI Diperlihatkan Mempunyai Hasil Yang Menakjubkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sampel Rakaman Video Mod Malam Mi 11 Dengan BlinkAI Diperlihatkan Mempunyai Hasil Yang Menakjubkan


Xiaomi Mi 11 sudah pun dilancarkan baru-baru ini dengan cip Snapdragon 888. Ia juga dijual pada harga yang mampu milik dan mempunyai kamera 108MP dengan pelbagai kebolehan rakaman menarik. Salah satu daripadanya adalah sokongan rakaman video mod malam, yang mana tidak banyak ditawarkan oleh pengeluar peranti. Kita biasa lihat mod malam untuk fotografi sahaja, tetapi Mi 11 menyokong videografi.

Mod malam untuk video pada Mi 11 dikuasakan oleh BlinkAI. Terkini, mereka telah terbit video sampel membandingkan rakaman video di waktu malam dengan BlinkAI diaktifkan dan tidak. Melalui sampel video ini, ia memperlihatkan hasil yang menakjubkan. Suasana yang gelap menjadi lebih terang dan lebih banyak butiran kelihatan. Ia seakan merakam video sewaktu senja, sedangkan ia adalah di waktu malam yang gelap. Kemudian, ia juga kelihatan seakan ada lampu dipancarkan untuk menerima hasil yang hebat ini.

Mod malam yang dikuasakan oleh BlinkAI ini menggunakan algoritma pembelajaran mesin dan NPU dari cip pemproses Qualcomm. Dengan teknologi ini, video dengan banyak kesan hingar atau rendah kualiti dengan kurang cahaya boleh diubah menjadi cerah dan berkualiti dalam masa milisaat sahaja. Menurut mereka, ia menggunakan sistem yang dipatenkan yang mana mimik penglihatan manusia sebenar serta teknologi yang berasaskan kajian pengimejan gabungan perisian dan perkakasan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.