Hi! Welcome Back and Stay Tune! Intel Diminta Mempertimbang Penggunaan Khidmat Parti Ketiga Untuk Pengilangan Cip Pemprosesan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Intel Diminta Mempertimbang Penggunaan Khidmat Parti Ketiga Untuk Pengilangan Cip Pemprosesan


Intel ialah jenama pembuat semikonduktor dan cip pemprosesan yang sangat terkenal kerana komponen-komponen mereka digunakan untuk menguasakan komputer pengguna dan juga mesin pelayan di seluruh dunia.

Walaupun begitu, peningkatan teknologi yang pesat oleh syarikat-syarikat lain seperti AMD dan NVIDIA yang kini semakin menguasai industri perkomputeran pengguna dan kecerdasan buatan membuatkan Intel semakin ketinggalan.

Walaupun Intel merupakan satu-satunya syarikat semikomduktor yang merekacipta dan mengilangkan cip-cip pemprosesan mereka sendiri, kesukaran mereka untuk membangunkan cip menggunakan proses lebih kecil dari 10nm menyebabkan mereka ketinggalan dari segi prestasi dan juga kemajuan teknologi.

Third Point, sebuah syarikat dana terhad (hedge fund) yang memiliki sejumlah saham bernilai $1 bilion (RM4.2 bilion) di Intel telah menghantar sepucuk surat ke Intel untuk memberi nasihat bahawa Intel patut menjual sejumlah perniagaan mereka yang tidak memberi nilai kepada syarikat tersebut.

Surat tersebut juga mengatakan bahawa Intel patut mempertimbangkan penggunaan syarikat ketiga seperti TSMC dan sebagainya untuk pengilangan cip pemprosesan mereka supaya Intel lebih berdaya saing dengan syarikat-syarikat cip pemprosesan yang lain.

Keadaan Intel sekarang boleh dikatakan agak kronik kerana AMD sudahpun dilihat menguasai pasaran cip pemprosesan komputer pengguna, manakala NVIDIA pula bukan sahaja menguasai pasaran cip pemprosesan grafik, tetapi juga arena kecerdasan buatan dan mempunyai fokus didalam sistem kenderaan swapandu.

Mengeruhkan keadaan untuk Intel, Apple telah melancarkan peranti Mac terbaru mereka dengan cip pemprosesan M1 yang dilihat hadir dengan prestasi yang lebih baik berbanding apa yang ditawarkan mereka.

Malah, Microsoft juga dilaporkan akan bekerjasama dengan ARM untuk membangunkan sebuah cip pemprosesan khusus untuk sebuah komputer riba Surface akan datang.

Intel juga telah mengeluarkan kenyataan ringkas mengenai surat daripada Third Point, dan mengatakan bahawa mereka menerima sebarang kritikan dan cadangan daripada pelabur-pelabur mereka.

Ia dijangka bahawa kedua-dua pihak ini akan berbincang lebih lanjut mengenai masa hadapan pembangun semikonduktor tersebut dalam masa terdekat ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.