Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vivo Y20 2021 Dengan Cip MediaTek Helio P35 Dijual Di Malaysia Pada Harga RM599 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vivo Y20 2021 Dengan Cip MediaTek Helio P35 Dijual Di Malaysia Pada Harga RM599


Vivo Malaysia dilihat menutup tirai tahun 2020 dengan menawarkan sebuah lagi peranti baharu buat pengguna tempatan. Dikenali sebagai Vivo Y20 2021, ia telah ditawarkan pada harga RM599 untuk seunit. Buat pengetahuan semua, Vivo Y20 2021 berkongsi spesifikasi yang sama dengan Vivo Y20 yang dilancarkan sebelum ini.

Cuma bezanya pada sokongan cip pemproses, antaramuka dan pilihan warna. Di mana, Vivo Y20 2021 menggunakan cip pemproses MediaTek Helio P35 dan antaramuka Funtouch OS 11 . Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi sejumlah platform berbeza termasuk kedai atas talian Vivo. Terdapat dua pilihan warna yang boleh dipilih iaitu Nebula Blue dan Dwan White.

Untuk spesifikasi, Vivo Y20 2021 mempunyai skrin bersaiz 6.51-inci IPS LCD HD+, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasam 10W (microUSB). Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 13-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Sementara, kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.