Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Malaysia Mengacah Kehadiran Peranti Baharu – Mungkin Redmi 9 Power? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Malaysia Mengacah Kehadiran Peranti Baharu – Mungkin Redmi 9 Power?


Xiaomi Malaysia hari ini dilihat berkongsi sebuah entri menerusi laman Facebook yang memberi bayangan bahawa mereka bakal hadir dengan peranti baharu lagi. Xiaomi bagaimanapun dilihat tidak secara terang-terangan berkongsi mengenainya.

Sebaliknya, mereka mengadakan peraduan ringkas buat peminat setia dengan menawarkan hadiah istimewa berupa 10 unit model terbaru Redmi yang tidak didedahkan nama modelnya untuk dimiliki.

Rentetan daripada ini, kita boleh menyasarkan mereka dalam perancangan untuk penawaran sebuah lagi peranti untuk pasaran tempatan. Meskipun, cuba berteka-teka mengenai nama model. Namun, poster acah dikongsi memperlihatkan rekaan modul kamera utama seakan yang terdapat pada Redmi 9 Power. Ditambah lagi dengan penggunaan tanda tagar #PowerUp juga seakan menguatkan lagi spekulasi ini.

Akan tetapi, ia masih satu spekulasi awal sahaja. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Xiaomi Malaysia. Sebelum terlupa, kepada anda yang berminat untuk sertai peraduan ini, ia berlangsung bermula hari ini – 7 Januari 2021 kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.