Hi! Welcome Back and Stay Tune! Intel RealSense ID Dilancarkan Untuk Memperkenalkan Imbasan Wajah Pada Mesin ATM Dan Pembelian Di Kedai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Intel RealSense ID Dilancarkan Untuk Memperkenalkan Imbasan Wajah Pada Mesin ATM Dan Pembelian Di Kedai


Sistem imbasan wajah 3D RealSense telah disokong pada komputer riba Windows sejak beberapa tahun yang lalu. Menyahkunci komputer adalah semudah melihat kamera web. Pada peranti iPhone juga imbasan wajah secara 3D kini adalah ciri standard. Intel hari ini mengumumkan pula RealSense ID yang ingin menawarkan imbasan wajah 3D untuk kegunaan komersial.

RealSense ID menyasarkan penggunaan pada mesin ATM, sistem pembayaran dalam kedai, pintu pintar, lapangan terbang dan banyak lagi yang memerlukan pengesahan identiti. Seperti Face ID, RealSense ID dilengkapi rangkaian neural yang boleh mengenali wajah walaupun selepas berlaku perubahan seperti memakai cermin mata atau muka mula berjambang.

Intel juga berkata sistem keselamatan cukup pintar untuk mengelakkan penipuan kerana dapat membezakannya dengan gambar dua dimensi, video ataupun pemakaian topeng. Sistem kamera ini telahpun ditawarkan kepada perniagaan pada harga $99 sebuah.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.