Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mayat warga emas ditemui dalam but kereta di Puchong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mayat warga emas ditemui dalam but kereta di Puchong


 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya kejadian berpunca daripada persengketaan berhubung isu jual beli tayar. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas dipercayai mati dibunuh ditemui di dalam but sebuah kereta di Jalan Wawasan 5/2, Taman Wawasan, Puchong malam tadi

Pemangku Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu.

Bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat digunakan untuk mengumpil but kereta tempat mayat dijumpai.

Mangsa berusia 70 tahun itu dilapor hilang sejak 31 Dis lepas.

Susulan laporan kehilangan warga emas itu, seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan di sebuah pasar raya di Kuala Klawang, Negeri Sembilan pada Sabtu lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya kejadian berpunca daripada persengketaan berhubung isu jual beli tayar dianggarkan bernilai RM1,100.

Katanya, keluarga mangsa membuat dua laporan polis berhubung kehilangan warga emas itu pada Jumaat dan Sabtu di Balai Polis Ara Damansara.

“Keluarganya memaklumkan kepada polis bahawa kad kredit milik mangsa telah digunakan suspek dan berlaku transaksi kad kredit di sebuah pasar raya di Kuala Klawang,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurut Nik Ezanee, lelaki yang ditahan adalah seorang ahli perniagaan dan pemilik sebuah bengkel kereta.

“Mayat mangsa dijumpai di dalam but sebuah kereta Volvo berwarna hijau yang juga milik seorang pelanggan suspek,” katanya.

Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.