Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Sedang Membangunkan Televisyen Pintar Lebih Mesra OKU – Kapsyen Automatik Dan Memahami Bahasa Isyarat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Sedang Membangunkan Televisyen Pintar Lebih Mesra OKU – Kapsyen Automatik Dan Memahami Bahasa Isyarat


Di acara The First Look 2021, Samsung telah melancarkan beberapa televisyen 8K, Mini LED dan alat kawalan jauh berkuasa solar. Tetapi paling menarik bagi kami ialah inovasi televisyen pintar yang sedang dibangunkan oleh mereka untuk golongan OKU.

Anda mungkin merasakan ianya aneh tetapi golong OKU penglihatan yang terhad dan OKU pendengaran juga gemar menonton televisyen seperti kita semua. Menyedari hakikat ini Samsung sedang membangunkan empat ciri terbaru untuk televisyen pintar 2022.

Pertama sekali ialah ciri kapsyen automatik bagi membolehkan OKU pendengaran menonton kandungan TV yang tidak hadir dengan sari kata ataupun jurubahasa isyarat. Sistem yang serupa kini adalah standard pada telefon mercu Galaxy mereka sejak tahun lalu dengan bantuan Google.

Seterusnya ialah televisyen akan mempunyai avatar 3D yang memberikan arahan bahasa isyarat untuk melakukan tetapan TV buat pertama kali. Televisyen pintar yang dilengkapi kamera pula kelak boleh memahami bahasa isyarat untuk membuka televisyen misalnya.

Akhir sekali ciri Voice Guide untuk OKU penglihatan terhad akan menyokong 34 bahasa bermula 2022. Voice Guide memberikan maklum balas butang kawalan yang disentuh dan menu yang terpapar pada skrin. Dengan kesemua inovasi 2022 ini, golongan OKU tidak lagi akan dilupakan.

Pada acara yang sama juga, Samsung memperlihatkan beberapa ciri mesra OKU yang disokong pada televisyen pintar 2021 mereka. Antaranya ialah sistem SeeColors yang membolehkan insan buta warna menala skrin untuk melihat warna dengan lebih jelas. Color Inversion pula memudahkan insan dengan penglihatan terhad melihat menu televisyen dengan lebih jelas.

Menerusi Audio Description, penonton apa yang sedang berlaku di skrin secara automatik. Akhir sekali ialah Sign Language Zoom yang membesarkan kawasan skrin dengan jurubahasa isyarat sehingga 200%. Kesemua ini dilakukan oleh kecerdasan yang sedia ada pada televisyen pintar keluaran Samsung.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.