Hi! Welcome Back and Stay Tune! iPhone 13 Pro Dilaporkan Akan Menggunakan Skrin OLED 120Hz LTPO Keluaran Samsung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iPhone 13 Pro Dilaporkan Akan Menggunakan Skrin OLED 120Hz LTPO Keluaran Samsung


Kekurangan paling nyata pada kesemua iPhone 12 yang dilancarkan tahun lalu ialah ia masih menggunakan skrin OLED 60Hz. Keputusan Apple ini membingungkan kerana pada peranti Android kadar segar semula 120Hz telah mula ditawarkan pada peranti kelas pertengahan. Tetapi pada tahun 2021, perubahan mungkin akan akhirnya tiba pada kedua-dua model iPhone 13 Pro.

Menurut laporan The Elec, Samsung akan menjadi pembekal eksklusif panel OLED 120Hz LTPO untuk iPhone 13 Pro tahun hadapan. Panel LTPO memberikan penjimatan tenaga sehingga 15% serta menyokong kadar segar semula adaptif tanpa memerlukan perkakasan tambahan. Skrin OLED pada iPhone 12 kini masih menggunakan teknologi LTPS.

Apple iPhone 12

Samsung menjadi pilihan kerana mereka sahaja mempunyai kemampuan menghasilkan panel ini pada skala besar dan pantas. Mereka dipercayai boleh mengeluarkan 60,000 panel sebulan berbanding LG yang sekadar mengeluarkan 5000 panel sebulan.

Teknologi LTPO telahpun digunakan oleh Samsung pada Samsung Galaxy Note20 tahun lalu dan pastinya digunakan juga pada Galaxy S21 yang bakal dilancarkan minggu hadapan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.