Twitter Memadam Ciapan Dan Mengunci Akaun Presiden Trump Kerana Menghasut
Buat pertama kalinya sejak beliau dilantik menjadi presiden Amerika Syarikat, status yang dimuat naik oleh Donald Trump telah dipadam di media sosial. Pagi ini berlaku rusuhan di Bangunan Capitol apabila penyokong Trump ingin menghalang Joe Biden dari disahkan menerima undi yang cukup untuk menjadi presiden yang seterusnya. Akibatnya sesi pengesahan ditunda dan seorang perusuh telah ditembak mati.
Presiden Trump kemudian memuat naik ciapan dan video di Twitter yang sekali lagi mendakwa pilihanraya telah dicuri dan beliau adalah pemenang sebenar. Video yang sama turut dimuat naik ke laman Facebook. Di Twitter ciapan dan video pasalnya hanya diberikan label tidak tepat sebelum dipadam kerana dikhuatiri boleh menghasut lebih banyak penyokong untuk merusuh.
Selepas ciapan dipadam, Twitter Safety turut mengumumkan akaun Donald Trump telah dikunci selama 12 jam kerana kesalahan melanggar terma platform mereka. Trump perlu memadam lagi beberapa ciapan yang didapati tidak mematuhi terma laman sebelum akaun dinyahkunci.
Ini tidak pernah berlaku sebelum ini kerana status beliau sebagai presiden. Namun seperti yang pernah diumumkan sebelum ini, kekebalan Trump akan ditarik semula selepas Biden mengambil alih.
Video yang sama telah dimuat naik ke Facebook dan turut dipadam atas kesalahan melanggar polisi integriti. Ini disahkan sendiri oleh Guy Rosen, timbalan presiden bahagian integriti di Facebook menerusi akaun Twitter beliau sebentar tadi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment