Hi! Welcome Back and Stay Tune! Clubhouse Diharamkan Di Oman Kerana Beroperasi Tanpa Permit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Clubhouse Diharamkan Di Oman Kerana Beroperasi Tanpa Permit


Dengan Clubhouse, isu yang melanda golongan B40 akan dibincangkan oleh golongan T20 tanpa setitis ironi. Walaupun secara harfiah baru berusia setahun jagung, kemunculan Clubhouse berjaya mengubah landskap media sosial dengan platform lain berkejaran untuk membawakan ciri borak secara audio di atas talian yang sama secara bebas. Tetapi kebebasan ini telahpun dihalang di Oman pada penghujung minggu lalu.

Aplikasi Clubhouse telah dihalang secara mengejut oleh kerajaan. Alasan yang diberikan ialah Clubhouse tidak mempunyai permit untuk menjalankan operasi di negara tersebut. Tidak seperti di Malaysia, perkhidmatan VOIP memerlukan lesen dari pihak berwajib. Ini menyebabkan ciri panggilan video pada aplikasi seperti WhatsApp misalnya dihalang di negara timur tengah. Ada yang melihatnya sebagai usaha untuk membendung kebebasan suara dan ada juga melihatnya sebagai satu lagi usaha kerajaan untuk menghalang orang ramai menggunakan perkhidmatan suara secara percuma tanpa perlu membayar can panggilan telefon kepada syarikat telekomunikasi.

Dengan halangan ini, Oman mengikuti jejak langkah China yang telah menghalang Clubhouse bulan lalu. Di China pengharaman dilakukan kerana orang ramai bebas membicarakan isu sensitif seperti demokrasi, layanan ke atas kaum Uighur dan Hong Kong.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.