ZTE Watch GT Mungkin Akan Tiba Tidak Lama Lagi?
ZTE sebelum ini sedia hadir dengan penawaran ZTE Watch Live sekitar tahun lalu dan ia boleh dikatakan pesaing kepada Redmi Watch. Sama seperti sejumlah jam tangan pintar lain, ZTE Watch Live turut dilengkapi sejumlah fungsi yang memfokuskan kepada penawaran pemantauan kesihatan dan senaman bersama-sama dengannya.
Dalam perkembangan terkini, ZTE dilihat dalam perancangan untuk pengenalan peranti boleh-pakai baharu – mungkin dikenali sebagai ZTE Watch GT kelak. ZTE bagaimanapun dilihat tidak secara terang-terangan berkongsi mengenainya.
Sebaliknya, mereka mengadakan peraduan fotografi ringkas dengan menawarkan jam tangan pintar berkenaan sebagai antara hadiah utama yang bakal dimenangi oleh para peserta di samping ZTE S30 Pro. Malah, ia secara tidak langsung turut memberi gambaran bahawa jam tangan pintar berkemungkinan besar dilancarkan seiring dengan ZTE S30 Pro kelak.
Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan mengenai spesifikasi dan rekaan pada jam tangan pintar berkenaan. Namun begitu, terdapat sumber menyasarkan ia berkemungkinan besar akan menerima sejumlah naik-taraf berbanding pendahulunya tetapi masih ditawarkan pada harga yang berpatutan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment