Kerajaan India Mungkin Mencadangkan Pengharaman Pemilikan Dan Perlombongan Kriptowang
Perlombongan dan pemilikan kriptowang telah meledak sejak beberapa tahun lepas, diimana nilai Bitcoin, kriptowang pertama telah melonjak ke $50 ribu untuk satu matawang tersebut. Terkini, dengan perkembangan teknologi, hadir pula konsep-konsep seperti NFT ataupun Non-Fungible Tokens dimana pengguna boleh membeli aset-aset digital menggunakan kriptowang ini.
Dimana banyak negara sedang cuba untuk menyesuaikan ekonomi mereka dengan penerimaan kriptowang sebagai matawang sah, India nampaknya bakal mengambil langkah untuk mengharamkan pemilikan, pelombongan dan perdagangan sebarang kriptowang.
Reuters melaporkan bahawa kerajaan India mungkin akan memperkenalkan undang-undang dimana pemilikan, perlombongan dan perdagangan kriptowang akan diharamkan di negara tersebut tidak lama lagi.
Pengharaman perlombongan dan perdagangan kriptowang bukanlah sesuatu yang baru, dan kerajaan India khususnya sebelum ini telahpun memperlihatkan kemungkinan besar dimana mereka akan membangunkan kriptowang mereka sendiri.
Laporan tersebut mengatakan bahawa kerajaan India akan memberi pemilik kriptowang enam bulan untuk menukar kriptowang mereka bertukar menjadi matawang fiat kembali, dimana selepas itu, pemilik dan pelombong kriptowang akan menerima saman dan denda jika mereka didapati memiliki sebarang matawang kripto.
Dalam pada itu, ini juga bermakna bahawa platform-platform perdagangan kriptowang di India akan diarahkan tutup apabila undang-undang ini diluluskan. Di India, ia dianggarkan sekitar 8 juta pengguna memiliki kriptowang bernilai $1.4 bilion.
Jika undang-undang ini disahkan, India bakal menjadi negara pertama untuk mengharamkan pemilikan kriptowang. Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, langkah drastik ini bukanlah dilakukan kerana kerajaan India merasakan kriptowang ini adalah sebuah konsep kewangan yang tidak bagus, tetapi kerana mereka ingin membangunkan kriptowang mereka sendiri yang boleh dikawal oleh kerajaan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment