Google Diminta Membayar $5 Bilion Kerana Dakwaan Masih Menjejak Pengguna Dalam Mod Inkognito Pada Chrome
Pelayar web Google Chrome adalah antara yang popular. Seperti kebanyakan pelayar web lain, Chrome turut mempunyai mod yang menjaga privasi dan sekuriti pengguna, iaitu mod inkognito. Dalam mod ini, data pengguna tidak akan dijejak berbanding dengan menggunakan tab biasa pada pelayar web ini.
Tetapi, mahkamah di California Amerika Syarikat mendakwa yang Google masih menjejak aktiviti pengguna ketika melayari web walaupun di dalam mod inkognito. Menurut The Verge, Google diminta membayar denda sebanyak $5 bilion, iaitu sekitar RM20.5 bilion atas dakwaan ini. Menurut dakwaan ini, Google dikatakan mengenali siapakah rakan pengguna, apakah hobi pengguna, makanan kegemaran, filem kesukaan, dan banyak lagi dan tidak memaklumkan pengguna yang semua data ini dijejak.
Google menafikan dakwaan ini, kerana dalam mod inkognito ia tidak menjadikan pengguna tidak boleh dijejak atau “halimunan”. Dalam mod inkognito itu sendiri, Google tidak katakan yang data pengguna tidak dijejak. Cuma, semua data yang digunakan tidak akan disimpan dan selepas sesi melayari web itu tamat data itu akan dibuang. Ia hanya untuk pengalaman penggunaan baik ketika menggunakan Chrome. Walau bagaimanapun, penafian Google ini ditolak oleh mahkamah.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment