(Ura-Ura) Nokia X10 Dan Nokia X20 Dengan Snapdragon 480 Akan Tiba Sebagai Peranti 5G Mampu Milik
Qualcomm Snapdragon 480 telah dilancarkan pada awal Januari lalu, di mana ia adalah cip pemprosesan untuk peranti kelas permulaan atau kelas pertengahan asas dengan sokongan 5G. Melalui cip ini, pelbagai peranti murah dengan sokongan 5G boleh dimiliki oleh lebih ramai orang. Vivo sudah hadir dengan Y31s dan Oppo dengan A93 5G sudah dijana dengan cip ini. Kini, giliran Nokia pula.
Peranti Nokia dari HMD Global dilaporkan turut akan dijana dengan cip ini. Berbeza dengan peranti Nokia G10 yang telah disenaraikan di SIRIM sebelum ini, Nokia Power User menyatakan Nokia X10 dan Nokia X20 adalah dua peranti yang akan dijana dengan cip Snapdragon 480. Nokia X10 akan menggunakan memori 6/32 GB dengan pilihan warna hijau atau putih, manakala Nokia X20 pula adalah 6/128 GB dengan pilihan warna biru atau Sand.
Harga jualan dikatakan adalah bermula dari EUR300, iaitu sekitar RM1475. Tidak pasti sama ada ini adalah harga yang mahal ataupun tidak kerana harga peranti Vivo dan Oppo dengan cip ini adalah sekitar RM999-RM1300 sahaja. Jika Nokia menjual harga bermula RM1475, ia mungkin sukar untuk menarik perhatian orang ramai. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment