Hi! Welcome Back and Stay Tune! Raja Koduri Mengacahkan Kemampuan GPU Intel Xe HPG – 20 Kali Lebih Berkuasa Daripada Intel Iris Pro 5200 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Raja Koduri Mengacahkan Kemampuan GPU Intel Xe HPG – 20 Kali Lebih Berkuasa Daripada Intel Iris Pro 5200


Jika anda mengikuti perkembangan komponen komputer, khususnya bahagian cip pemprosesan grafik, anda pasti mengenali nama Raja Koduri. Nama beliau melonjak naik selepas memperkenalkan kad grafik AMD Radeon RX Vega tidak lama selepas CPU AMD Ryzen generasi pertama diperkenalkan.

Beliau kini di Intel, dimana beliau sedang membangunkan teknologi grafik untuk syarikat pembuat cip pemprosesan tersebut pula, yang kini dapat dilihat melalui siri cip grafik Intel Xe. Selepas melancarkan cip grafik khusus untuk cip pemprosesan komputer riba, beliau kini menukar fokus ke pembangunan kad grafik untuk komputer desktop pula.

Raja Koduri mengacahkan pembangunan Intel Xe HPG (High Performance Graphics) melalui sebuah ciapan di Twitter yang memperlihatkan beza sembilan tahun apabila beliau masih lagi bekerja dengan Intel untuk membangunkan cip grafik Intel Iris Pro 5200 untuk CPU Intel Haswel pada tahun 2012.

Pada ciapan tersebut juga, Raja Koduri mengatakan bahawa cip grafik Intel Xe HPG hadir dengan prestasi 20 kali lebih baik berbanding dengan cip Intel Iris 5200 yang diperkenalkan 9 tahun lalu.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah cip pemprosesan grafik Intel Xe HPG ini akan diperkenalkan, tetapi ia dijangka akan bertarung dengan AMD dan NVIDIA untuk kad grafik kelas mampu-milik.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.