Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bagaimana Hackathon CHIPTA 2020 Memajukan Inovasi Sektor Awam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bagaimana Hackathon CHIPTA 2020 Memajukan Inovasi Sektor Awam


Sebut sahaja mengenai ‘Hack’ atau dalam terjemahan secara terusnya adalah ‘godam’, pasti ia dikaitkan dengan imej negatif dan perbuatan yang kurang baik. Namun ‘hack’ juga bermaksud mencari kegunaan lain dari yang biasa terhadap sesuatu, justeru ‘hackathon’ kerap diadakan bagi mencari dan menghasilkan inovasi, dalam satu tempoh yang pendek.

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah mengadakan hackathon sejak tahun 2015. Dalam tempoh ini, pelbagai inovasi telah dicipta, dan penyelesaian pintar turut dihasilkan yang berguna untuk negara. 

Ia bermula dengan nama Hackathon Data Terbuka, kemudiannya Hackathon Aplikasi Mudah Alih. Hackathon anjuran MAMPU ini dijenamakan semula bermula tahun lalu dengan nama CHIPTA 2020, yang merupakan singkatan kepada “CHallenge on Innovation and Problem solving through Technology Advancement”.

CHIPTA 2020 membawakan tema Enabling Innovation for New Norm and Better Future dimana peserta perlu menghasilkan aplikasi mudah alih yang turut menggunakan teknologi terkini seperti Internet of Things, Analitis Data Raya, Kecerdasan Buatan dan juga rantaian blok (blockchain). Tema ini juga memerlukan peserta untuk menghasilkan aplikasi aplikasi berkaitan isu pandemik, ekonomi gig, dan marketplace yang menyokong 17 matlamat pembangunan lestari (Sustainable Development Goals – SDG). 

Menariknya meskipun ditengah-tengah wabak pandemik, Hackathon CHIPTA 2020 ini telah menarik minat 155 pasukan dimana 10 pasukan bagi setiap 4 kategori yang dipertandingkan kemudian disenaraipendek untuk melaksanakan pembangunan aplikasi mudah alih selama 32 hari. Kemudiannya mereka membentangkan aplikasi mereka pada 13 Oktober 2020 secara telesidang. Sungguh pandemik masih tidak akan menyekat inovasi anak tempatan dalam bertanding dan hadir dengan idea menarik. 

Antara pemenang dan hasil inovasi CHIPTA 2020 ialah :

  • Kategori Sektor Awam : SMART PPM / MyQDMI
  • Kategori Orang Awam / Industri : Lestari
  • Kategori Pelajar IPT : TheFourQuadrant
  • Kategori Pelajar Sekolah Menengah : BAZ Apps 

Bagi kategori Sektor Awam, aplikasi MyQDMI hasil inovasi kumpulan SMART PPM daripada Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia merupakan aplikasi yang memaparkan taburan bacaan paras pencemaran udara habuk. Aplikasi ini dapat menyatakan status seperti bacaan Indeks Pencemaran Udara, Indeks Pencemaran Kuari, habuk terampai dan juga kadar Dust Deposit Rate. Aplikasi ini berguna unttuk memantau pencemaran udara yang selalunya dialami oleh penduduk setempat yang berhampiran dengan kawasan kuari. 

Untuk kategori Orang Awam dan Industri, dimenangi oleh kumpulan LESTARI dengan aplikasi sempena nama kumpulan mereka sendiri iaitu LESTARI hadir menyediakan kemudahan ‘marketplace’ bagi orang ramai mempromosikan produk mereka kepada pihak kerajaan, GLC dan juga syarikat multinasional. Memanfaatkan dataraya sebagai teras aplikasi, pengguna dapat mengetahui data seperti prestasi SDG negara dan juga syarikat, kemudian menawarkan produk mereka. Antara data-data unik seperti bilangan kes jenayah hidupan liar mengikut kategori, pergerakan kargo di seluruh lapangan terbang negara turut tersedia menerusi aplikasi ini.  

Menyedari potensi bakat anak muda, MAMPU turut menyediakan dua kategori khas untuk pelajar. Untuk kategori Pelajar IPT, kumpulan TheFourQuadrant daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memenangi kategori ini dengan aplikasi GigAssist telah dihasilkan bagi memberi informasi berkaitan pekerjaan popular dan sesuai mengikut situasi kepada anak muda. Ia merupakan platform yang menyatukan maklumat pekerjaan dalam sektor ekonomi gig. Pekerja, pemain industri dan kerajaan boleh mengetahui maklumat terkini, disamping membantu meringankan sebarang masalah dalam sektor ekonomi gig. 

Pelajar Sekolah Menengah juga turut menyertai Hackathon CHIPTA 2020 ini dimenangi oleh kumpulan BAZ Apps daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki dengan aplikasi Mobile Trainer iaitu aplikasi melatih aktiviti kecergasan pengguna. Memandangkan sewaktu pandemik ini orang ramai akan duduk dirumah, aplikasi ini akan mengingatkan pengguna untuk kekal cergas. Ia turut membantu dalam perancangan pengurangan berat badan, mencadangkan diet yang sesuai, dan juga aktiviti kecergasan yang sesuai dilakukan. 

Hadiah keseluruhan berjumlah RM 66,000 telah berjaya dimenangi oleh tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori dan aplikasi yang dihasilkan mereka merupakan bukti asimilasi data yang disediakan kerajaan, dengan dunia pembangunan aplikasi yang boleh membantu menyelesaikan masalah.


Sertai CHIPTA 2021

Untuk tahun ini, CHIPTA 2021 telah diumumkan dengan teras teknologi yang sama, iaitu menggunakan Aplikasi Mudah Alih yang mengambil kira Analitis Data Raya dan Kecerdasan Buatan. Untuk tahun ini, terdapat 4 bidang fokus iaitu Malaysia Cakna, Malaysia Sihat, Malaysia Sejahtera, Malaysia Pintar. Ia terbuka kepada empat kategori yang sama, dan turut menawarkan hadiah wang tunai RM 66,000.

Pendaftaran dibuka sehingga 19 Julai 2021 dan pembentangan akhir akan dijalankan sekitar September 2021. Layari Hackathon CHIPTA 2021 bagi mengetahui proses penuh seperti terma penyertaan, tempoh masa, sesi mentoring, dan juga dokumen diperlukan bagi memenangi pertandingan ini.

Sekiranya anda berkemahiran tinggi dan cakna dalam menyelesaikan masalah bersama, pertandingan ini wajib anda sertai untuk mempamerkan kebolehan anda, disamping memupuk kemajuan negara. 

Penafian: Advertorial dari MAMPU



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.