Tentera UK Ingin Membangunkan Meriam Katak Dengan Kemampuan Swapandu dan Swatembak
Meriam katak ataupun lebih dikenali sebagai howitzer adalah sistem artileri yang digunakan untuk membedil kedudukan manusia dari jarak yang jauh. Sejak zaman berzaman, meriam katak memerlukan krew yang menarik meriam ke lokasi di belakang kenderaan dan mengendalikan proses mengisi peluru serta menembak. Tetapi selari dengan perkembangan teknologi swapandu yang semakin popular, tentera United Kingdom kini ingin membangunkan meriam katak yang tidak memerlukan sebarang krew manusia untuk beroperasi.
Kajian ke atas konsep Lightweight Fire Platform (LFP) ingin menggantikan meriam katak 105 mm L118 Light Gun sekarang dengan sistem yang bukan sahaja boleh swapandu ke lokasi tetapi kemudian swatembak ke sasaran yang diperlukan. Selain itu sistem baharu ini perlu mempertingkat kemampuan sedia ada seperti jarak menembak lebih jauh, lebih tepat, impak lebih besar, mobiliti taktikal lebih baik dan mengurangkan keperluan anggota.
Sistem ini mungkin hanya memerlukan campur tangan manusia dalam situasi berlaku gangguan sistem seperti yang digunakan sistem dron sedia ada. Seperti yang dapat dilihat di konflik Nagorno-Karabakh antara Azerbajian dan Armenia baru-baru ini, krew artileri terdedah kepada serangan dron yang mengakibatkan kehilangan nyawa yang tinggi.
Sistem swapandu dan swatembak akan dapat mengurangkan korban.Semua cabang tentera dunia kini mempunyai sistem yang tidak memerlukan anggota berada di lapangan. Di medan perang zaman hadapan, kehilangan nyawa mungkin dapat dikurangkan dengan menggunakan robot-robot seperti ini.
Sumber TheWarzone
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment