Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Band 6 Pro Dijangka Diperkenalkan Tidak Lama Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Band 6 Pro Dijangka Diperkenalkan Tidak Lama Lagi


Huawei Band 6 telah dilancarkan sebelum ini dan ia merupakan sebuah gelang tangan pintar yang memfokuskan kepada penawaran pemantauan kesihatan dan senaman. Melaluinya, ia menyokong sehingga 96 mod sukan berbeza bersama beberapa lagi ciri menarik lain seperti pengimbas nadi dan juga pemantau SpO2. Di Malaysia, ia dijual dengan tanda harga RM219 seutas.

Huawei Band 6

Dalam perkembangan terkini, Huawei dijangka hadir dengan versi pro pula untuk gelang pintar berkenaan. Menurut sumber, gelang pintar berkenaan akan dikenali sebagai Huawei Band 6 Pro dan ia dijangka diperkenalkan sekitar bulan ini. Selain daripada itu, jam tangan pintar kanak-kanak mereka, iaitu Huawei Children’s Watch 4X turut sama bakal ditawarkan dalam versi pro kelak. Bagaimanapun, tiada sebarang butiran berkaitan spesifikasi untuk kedua-duanya yang dikongsi buat masa ini.

Dalam perkongsian yang sama, sumber turut mendedahkan tiada sebarang kemaskini untuk rangkaian komputer riba Huawei dalam masa terdekat ini. Sebaliknya, hanya terdapatnya beberapa kemaskini untuk variasi paparan pintar mereka, iaitu Huawei Smart Screen S dan Huawei Smart Screen X. Katanya, Huawei Smart Screen X bakal didatangkan dalam pilihan saiz baru yang lebih besar.

Walau bagaimanap­un, sejauh mana kebenarannya masih lagi tidak diketahui. Bahkan, pihak Huawei sendiri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan ini, Jadi, lebih baik sekiranya kita menganggap maklumat yang dikongsi ini masih di peringkat ura-ura.

Sumber : Gizmochina



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.