Google Play Store Membuang 9 Aplikasi Yang Didapati Mencuri Maklumat Log Facebook Pengguna
Terdapat jutaan aplikasi yang boleh dimuat turun oleh pengguna menerusi gedung seperti Play Store dan App Store. Tetapi ramai mungkin tidak menyedari tidak semua aplikasi yang dimuat turun adalah selamat digunakan. Menurut laporan Dr Web, terdapat 9 aplikasi di Play Store yang didapati mencuri maklumat log akaun Facebook pengguna secara haram.
Kesemua aplikasi menjanjikan pengalaman penggunaan tanpa iklan sekiranya mereka melakukan log masuk ke akaun Facebook. Aplikasi kemudian menggunakan muslihat Javascript untuk mencuri maklumat log masuk tersebut yang kemudiannya membolehkan akaun diambil alih.
Yang merisaukan ialah aplikasi-aplikasi ni sudah dimuat turun lebih enam juta kali dengan PIP Photo sahaja dimuat turun 5.8 juta kali. enarai lengkap sembilan aplikasi yang mencuri maklumat pengguna adalah seperti di bawah. Google telahpun membuang aplikasi-aplikasi ini dan juga mengharamkan pembangun dari menawarkan aplikasi baharu di platform mereka.
- App Lock Keep
- App Lock Manager
- Horoscope Daily
- Horoscope Pi
- Inwell Fitness
- Lockit Master
- PIP Photo
- Processing Photo
- Rubbish Cleaner
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment