(PSA) Tiada Jalan Pintas Untuk Janji Temu Vaksin, Tidak Perlu Ke HelpDesk MySejahtera Untuk Tujuan Itu
Ramai lagi yang masih tidak menerima janji temu untuk vaksin walaupun telah sekian lama mendaftar di MySejahtera. Proses ini dilihat mengambil sedikit lama, dan sejak penghujung minggu, terdapat mesej tular yang mengatakan pengguna boleh mendapatkannya dengan menghubungi HelpDesk MySejahtera.
Apa pun, kini pihak JKJAV dan juga KKM berkongsi melalui laman sosial, supaya tidak melakukan perkara berkenaan. Janji temu akan diberikan secara automatik dan berperingkat, dan tiada jalan pintas untuk mendapatkannya.
Orang ramai juga dinasihatkan tidak ke HelpDesk MySejahtera untuk tujuan ini kerana ia akan menenggelamkan aduan sahih yang dihantar kepada MySejahtera.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment