Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemaskini Android 11 Untuk OnePlus Nord N10 5G Sudah Bakal Tiba - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemaskini Android 11 Untuk OnePlus Nord N10 5G Sudah Bakal Tiba


OnePlus Nord adalah siri peranti kelas pertengahan daripada OnePlus. OnePlus Nord N10 5G dan N100 adalah dua peranti pertengahan asas, yang dilancarkan sebagai eksperimen untuk memasuki jualan peranti dalam kelas ini. Melalui peranti ini juga adalah kali pertama OnePlus menetapkan yang peranti mereka akan menerima satu tahun kemaskini sahaja.

Peranti dijual pada harga RM1199 di Malaysia dan bolehlah dikatakan sebuah peranti yang agak baik. Tetapi jualan di Malaysia bermula Mac 2021, peranti ini dilancarkan pada Oktober 2020. Satu tahun kemaskini bermakna Oktober kelak, peranti ini sudah dikategorikan peranti yang sudah tamat tempoh. Adakah pengguna Malaysia hanya dapat menggunakan peranti ini selama 7 bulan? Ia juga masih lagi menjalankan Android 10.

Usah risau, walaupun sudah disahkan peranti ini hanya akan menerima Android 11 sebagai kemaskini sistem. OnePlus berjanji akan memberi kemaskini dua tahun untuk sekuriti. Dengan Android 12 yang semakin stabil, akhirnya ada berita baik untuk pengguna OnePlus Nord N10 5G. Seorang pengguna melaporkan yang beliau mula menerima kemaskini Android 11.

Kemaskini ini dilihat hadir dengan Oxygen OS versi 11.BE88CF, hadir dengan tampalan sekuriti Jun 2021, sekuriti Play Store masih lagi April 2021 dan versi binaan BE2025_17_210623. Peranti beliau adalah peranti di bawah pelan telekomunikasi Metro by T-Mobile. Ini bermakna ia mungkin akan diedarkan dalam masa terdekat. Kemaskini ini adalah kemaskini utama pertama dan terakhir, selepas itu hanyalah kemaskini sekuriti sehingga Oktober 2022.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.