Hi! Welcome Back and Stay Tune! Otak Lebai Bah 1 - "Bukan kerajaan gagal, sebaliknya rakyatlah yang gagal bantu kerajaan" kata PAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Otak Lebai Bah 1 - "Bukan kerajaan gagal, sebaliknya rakyatlah yang gagal bantu kerajaan" kata PAS


 



The text is taken from here:

https://cempedakcheese.com/bukan-kerajaan-gagal-sebaliknya-rakyatlah-yang-gagal-bantu-kerajaan/

Also reported here : 

https://ift.tt/3B6h8Lf

“Cukup-cukuplah menuding jari kepada kerajaan seolah-olah kerajan gagal tetapi pada masa yang sama merekalah sebenarnya yang gagal untuk membantu kerajaan,” kata Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)

Beliau menempelak tohmahan sesetengah pihak mengatakan kerajaan gagal sedangkan katanya, segala sistem pentadbiran kerajaan . . . masih berjalan seperti biasa.

“Semua kakitangan awam walaupun terpaksa bekerja dari rumah, mereka semuanya dapat melaksanakan tugasnya sebaik mungkin sebagaimana yang telah diberikan.

“Semua sistem penjagaan kesihatan walaupun ada pihak-pihak yang cuba menularkan seriusnya keadaan kes Covid-19 di kawasan Lembah Klang tetapi sistem pengurusan kesihatan, sistem perubatan kita masih boleh berjalan,” katanya.

Jelas beliau lagi, pada masa ini kerajaan sedang berusaha di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa kementerian untuk memastikan wabak Covid-19 ini dikekang.

“Fokus kerajaan dalam menghadapi pandemik adalah dengan melaksanakan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan untuk mengurangkan kadar mobiliti terhadap rakyat Malaysia yang mempunyai sejarah pelbagai penyakit kronik.

“Kita nak memastikan pemberian vaksin ini mencapai herd imuniti di dalam komuniti supaya lebih 80 peratus rakyat Malaysia mendapat perlindungan daripada Covid-19.

“Menerusi program pemberian vaksin ini kita hendak memastikan semua frontliner dapat dilindungi daripada wabak Covid-19,” katanya.

Kata beliau, walaupun negara masih mencatat kes harian yang ketiga tertinggi di antara negara-negara ASEAN, usaha kerajaan untuk memberikan vaksin kepada rakyat Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara Indonesia dan Filipina.

“Kalau kita tengok walaupun setiap hari sehingga ke hari ini jumlah kes Covid-19 masih lagi tinggi di Malaysia di mana semalam, pada 12 Julai kes Covid-19 masih berada dalam kes harian tinggi iaitu 8,574.

“Walaupun kita berada di tempat yang ketiga di dalam laporan catatan kes tertinggi, apa yang dapat kita bandingkan dari segi usaha kerajaan untuk memberikan vaksin kepada rakyat Malaysia dilaporkan pada 10 Julai ialah 10.7 peratus daripada populasi rakyat Malaysia sudah diberikan vaksinasi penuh berbanding dengan negara Indonesia yang hanya baru mencapai 5.5 peratus.

“Manakala dibandingkan dengan dua buah negara yang jumlah kes Covid-19 tinggi, Filipina hanya mencapai 3.1 peratus populasinya yang telah mencapai suntikan penuh.

“Bagi Malaysia sekurang-kurangnya jumlah rakyat Malaysia yang mendapat vaksin Covid-19, peratusannya adalah 23.9,” katanya ketika dihubungi HarakahDaily, hari ini.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada semua kakitangan kerajaan yang telah melaksanakan tugas mereka sebaik mungkin bagi membantu kerajaan untuk menguruskan negara ini.

“Mereka membantu kerajaan dalam menyokong segala usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

“Jadi sewajarnya kita rakyat Malaysia jangan mencari kesalahan atau kelemahan yang terdapat di dalam kerajaan tetapi tanya balik kepada diri apa sumbangan kita dalam memastikan negara ini berjaya menghadapi ancaman pandemik Covid-19?

“Ancaman Covid-19 ini bukan hanya berlaku di negara kita tetapi ia adalah bersifat global. Semua negara sedang menghadapi ancaman pandemik Covid-19, sudah sewajarnya kita sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, sukakan kesejahteraan, sepatutnya bekerjasama dengan kerajaan untuk mengekang Covid-19.

“Sekurang-kurangnya kalau kita tidak mahu melakukan apa-apa sewajarnya kita tidak cuba menyebarkan berita-berita palsu, menularkan video yang memberikan suasana penik kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Sumber: Harakahdaily


OSTB :  Kita bersyukurlah kerajaan Indonesia dan Filipina lagi bodoh. Alhamdulillah kerajaan kita tidak sebodoh kerajaan mereka.

Tetapi makcik Pas ini kurang faham  matematik.

Penduduk Filipina melebihi 111 Juta orang.  Jadi 3.1% mewakili 3.44 juta orang yang sudah divaksin. Negara mereka mempunyai lebih 7,000 pulau.

Penduduk Indonesia melebihi 276 Juta orang.  Jadi 5.5% mewakili 15 Juta orang yang sudah divaksin.  Negara mereka mempunyai lebih 17,000 pulau.

Penduduk Malaysia melebihi 32 Juta orang. Jadi 10.7% mewakili 3.4 Juta orang yang sudah divaksin. Yalah kita pun ada pulau tetapi Pulau Ketam itu tenggelam bila air pasang.

Jadi Filipina dan Indonesia masih mendahului kita dalam jumlah penduduk yang telah divaksin.

Tetapi macam mana pun, akyatlah yang gagal bantu kerajaan.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.