Misi New Shepard Turut Akan Membawa Manusia Paling Muda Ke Angkasa Lepas
Seperti yang kami laporkan beberapa minggu yang lalu, misi New Shepard yang pertama membawa manusia ke angkasa lepas turut akan membawa angkasawan paling tua iaitu Wally Funk yang berusia 82 tahun. Blue Origin, pengendali misi New Shepard pagi ini mengumumkan dalam misi yang sama angkasawan termuda turut akan terbang bersama.
Oliver Daemen yang berusia 18 tahun akan menjadi krew terakhir yang disahkan untuk misi ini. Individu yang memenangi bidaan tiket mencecah $28 juta terpaksa membatalkan hasrat kerana urusan peribadi. Identiti beliau masih lagi dirahsiakan pada waktu ini. Tempat kemudian diberikan kepada Joes Daemen yang menempah tiket ke penerbangan kedua. Hartawan dari Belanda ini kemudiannya memberikan tempat kepada anak lelaki beliau.
Misi pertama New Shepard dijadualkan pada 20 Julai ini akan turut membawa bekas ketua pegawai eksekutif Amazon Jeff Bezos dan adik beliau Mark Bezos. Bezos sudahpun dikalahkan oleh Sir Richard Branson untuk menjadi bilionwan pertama ke angkasa lepas minggu ini. Namun begitu Bezos masih dapat melakar sejarah kerana memegang rekod misi dengan angkasawan paling muda dan paling tua terbang sekali ke angkasa lepas.
Sumber Blue Origin
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment