Apple Dilaporkan Menguji iPhone Dengan Touch ID Sebalik Skrin – Tetapi Mungkin Tidak Melancarkannya
Apple telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini yang mana mereka sedang membangunkan ciri Touch ID sebalik skrin pada iPhone. Terbaru, perkongsian Bloomberg sekali lagi menyentuh perkara berkenaan, tetapi pada masa yang sama mengatakan Apple mungkin tidak akan memperkenalkannya bersama iPhone 13.
Apple dikatakan telah menguji Touch ID sebalik skrin untuk iPhone 13, tetapi tidak akan menawarkannya kepada umum. Sebaliknya, Apple dijangka akan lebih memfokuskan kepada ciri Face ID sebalik skrin – dan lebih menekankan kepada ciri imbasan wajah, dan bukannya imbasan jari.
Apple dijangka akan menyembunyikan pelbagai sensor sebalik skrin, dan membolehkan pengguna menikmati paparan panel penuh, dan pada masa yang sama menikmati ciri imbasan wajah untuk sekuriti.
Pada hari ini, beberapa peranti telah mula menyembunyikan sensor dan kamera disebalik skrin, dan paling terbaru adalah Samsung melalui Galaxy Z Fold3. Apa pun, mungkin kita perlu nantikan sedikit masa lagi untuk teknologi ini lebih matang dan menawarkan penggunaan lebih baik.
Apple dijangka hadir dengan iPhone 13 seawal bulan September 2021 ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment