Hi! Welcome Back and Stay Tune! Warga emas cetus kluster Kampung Penangah di Tongod - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Warga emas cetus kluster Kampung Penangah di Tongod


 

Sebanyak 14 kes positif dikesan dalam kalangan kontak rapat di sekitar kediaman kes indeks dan keseluruhan 35 kes dicatatkan bagi kluster Kampung Penangah di Tongod. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kluster Kampung Penangah di Tongod, Sabah yang dilaporkan hari ini, dicetuskan seorang petani berusia 76 tahun, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Masidi Manjun.

Masidi berkata, lelaki yang menjadi kes indeks kluster berkenaan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan masalah kulit, serta pergi ke Sandakan pada 12 Ogos untuk mendapatkan rawatan penyakit kulitnya.

Warga emas itu kemudian dikesan positif Covid-19 oleh Klinik Kesihatan Penangah pada 17 Ogos lepas.

“Siasatan lanjut mengesan 14 kes positif dalam kalangan kontak rapat di sekitar kediaman kes indeks, dan setakat hari ini jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini ialah 35 kes, termasuk 15 kes baharu hasil saringan terhadap 76 individu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Masidi yang juga jurucakap rasmi Covid-19 negeri berkata, aktiviti siasatan, persampelan dan disinfeksi masih diteruskan oleh pasukan siasatan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada penduduk kampung berdekatan.

Sementara itu, Masidi berkata, sebanyak 2,638 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di Sabah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 121,956 kes, manakala 16 kematian dan 903 pesakit sembuh, menjadikan jumlah kumulatif sembuh 97,031 orang. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.