Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih 70% penduduk Negeri Sembilan lengkap divaksin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih 70% penduduk Negeri Sembilan lengkap divaksin


 

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata kerajaan negeri telah memohon kepada Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) untuk meningkatkan bekalan dos diterima negeri itu, susulan bekalan vaksin berkurangan minggu ini berbanding biasa.

SEREMBAN: Seramai 575,278 atau 70.6% daripada populasi penduduk Negeri Sembilan yang berusia 18 tahun ke atas telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata setakat ini, seramai 721,697 individu berusia 18 tahun ke atas atau 88.6% juga sudah menerima dos pertama vaksin itu.

Beliau berkata kerajaan negeri telah memohon kepada Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) untuk meningkatkan bekalan dos diterima negeri itu, susulan bekalan vaksin yang diterima negeri itu berkurangan minggu ini berbanding biasa.

“Sama-samalah kita berdoa agar permohonan tersebut diluluskan bagi mewujudkan imuniti kelompok dengan kadar segera,” katanya dalam catatan di Facebook.

Dalam perkembangan lain, Aminuddin berkata seramai 2,363 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan menerima manfaat daripada Bantuan Anak Sekolah (BAS) dengan keseluruhan dana berjumlah RM1.3 juta diperuntukkan tahun ini. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.