Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spesifikasi Realme Pad Tertiris – Dijangka Diperkenalkan Tidak Lama Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spesifikasi Realme Pad Tertiris – Dijangka Diperkenalkan Tidak Lama Lagi



Realme Book telah membuat kemunculan rasminya pada minggu lalu dan ia merupakan komputer riba pertama daripada Realme. Di Malaysia, ia dijual bermula RM2,999 tetapi masih boleh dimiliki dengan harga promosi serendah RM2,499 untuk masa terhad pada 27 dan 28 Ogos 2021.

Dalam perkembangan lain, Realme turut berkongsi, mereka turut dalam perancangan untuk pengenalan tablet pula. Dikenali sebagai Realme Pad, beberapa spesifikasi padanya dilihat mula tertiris sedikit demi sedikit. Antaranya, ia akan menggunakan skrin sejenis AMOLED 10.4-inci dengan diameter 246 x 156 x 6.8mm. Bateri sebesar 7,100mAh turut disertakan padanya, di samping sokongan kamera utama tunggal di belakang dan hadapan.

REALME

Spekulasi awal mendakwa kedua-dua kamera berkenaan akan menampilkan sensor 8MP bersama sokongan autofokus. Memori pula sebesar 6GB RAM dan storan dalaman 64GB. Tidak ketinggalan, ia juga akan dilengkapi empat unit pembesar suara untuk pengalaman audio yang baik. Buat masa ini, itu sahaja maklumat yang diketahui.

Pada masa sama, masih tidak dapat pastikan sama ada juga sama ada tablet ini akan menampilkan sokongan untuk stylus atau sebaliknya. Jadi, sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya berkaitan perkara ini.

Sumber : Gizmochina, Weibo



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.