Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pepijat Razer Synapse Membolehkan Sesiapa Dengan Aksesori Razer Untuk Mendapat Akses Administrator Kepada Sebuah Komputer - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pepijat Razer Synapse Membolehkan Sesiapa Dengan Aksesori Razer Untuk Mendapat Akses Administrator Kepada Sebuah Komputer


Jika anda memiliki peranti Razer, khususnya papan kekunci dan juga tetikus, anda pasti menggunakan perisian Razer Synapse yang membolehkan anda mengubahsuai pelbagai jenis tetapan dan memuat-turun kemaskini untuk aksesori-aksesori jenama tersebut.

Untuk pengguna baru, apabila anda mencucuk aksesori Razer ini kepada komputer anda, ia akan memuat-turun perisian tersebut secara automatik pada komputer anda untuk mempercepatkan proses pengubahsuaian tetapan aksesori.

Baru-baru ini, pengguna Twitter jonhat di Twitter mengatakan bahawa perisian Razer Synapse ini mempunyai pepijat yang boleh memberi pengguna akses sebagai Administrator dengan mudah sekali.

Penerangan ringkas mengenai pepijat ini ialah apabila Razer Synapse dipasang buat pertama kali, pengguna akan diberi akses sebagai Administrator komputer tersebut untuk seketika, dan perkara ini boleh diambil kesempatan untuk mengakses tetapan keseluruhan sesebuah komputer.

Pengguna masih perlu mendapat akses fizikal kepada sebuah komputer untuk mengambil kesempatan akan kerentanan ini menggunakan cara ini.Ia masih lagi satu kerisauan besar kerana apa yang diperlukan hanyalah sebuah perkakasan Razer yang tidak semestinya perlu dibeli pada harga yang mahal.

Walaupun begitu, ia dijangka bahawa kerentanan ini akan ditutup, atau telahpun ditutup kerana jonhat turut mengatakan bahawa Razer telah menghubungi beliau mengenai pepijat Razer Synapse ini, dan pihak Razer mengatakan bahawa isu ini akan diperbetulkan.

Sumber: Bleeping Computers



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.