Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kuo : iPhone 13 Pro Akan Hadir Dengan Storan 1TB, Tiada Lagi Pilihan 64GB Untuk Siri iPhone 13 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kuo : iPhone 13 Pro Akan Hadir Dengan Storan 1TB, Tiada Lagi Pilihan 64GB Untuk Siri iPhone 13


Apple sedia membahagikan penawaran iPhone mereka kepada dua kategori, iaitu versi biasa, dan juga versi Pro. Untuk siri iPhone 13, perkara berkenaan dijangka diteruskan, dan turut akan menawarkan beberapa perubahan pada pilihan storan telefon pintar berkenaan.

Seperti desas-desus sebelum ini, iPhone 13 Pro dikatakan bakal menawarkan pilihan storan sehingga 1TB – sekaligus membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak perkara, termasuk dokumen, gambar, dan juga video. Ini selari dengan permintaan storan lebih besar untuk menyimpan rakaman gambar dan video, selain untuk pemasangan aplikasi dengan lebih banyak ciri-ciri terkini.

Disamping itu, iPhone 13 pula dijangka akan turut ditawarkan dengan storan bermula 128GB – sekaligus menamatkan penawaran iPhone dengan storan 64GB. Perkara berkenaan storan ini dikongsikan oleh penganalisa popular, Ming Chi-Kuo.

Apple bakal memperkenalkan iPhone terbaru mereka ini pada minggu ini, dimana kita akan mendengar lanjut berkaitan penawaran yang disediakan oleh Apple ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.