MacBook Pro Dijana Cip Apple M1X Dijangka Hadir Dalam Beberapa Minggu Lagi
Apple MacBook Pro generasi baharu, dengan penggunaan cip berkuasa sedia dinantikan ramai di seluruh dunia sejak pertengahan tahun ini. Terbaru, melalui perkongsian Bloomberg, ia diperkatakan MacBook Pro dijana cip M1X bakal hadir ke pasaran dalam beberapa minggu lagi.
Sebelum ini MacBook Pro generasi baharu ini dikatakan menghadapi masalah pengeluaran disebabkan oleh kekurangan semikonduktor di seluruh dunia. Kini, selepas pelbagai penangguhan, Apple dilihat sudah bersedia untuk memperkenalkannya.
MacBook Pro dengan cip M1X ini dijangka hadir dengan sokongan pengecasan MagSafe, paparan berasaskan mini-LED, dan pada masa yang sama membuang penyertaan Touch Bar.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan “beberapa minggu lagi” untuk melihat sendiri kejutan melalui MacBook Pro berasaskan Apple M1X ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment